Herba Untuk Kecantikan & Kesihatan

Pegaga Centella Asiatica (L.) Urb.
Amalkankanlah memakan pegaga dalam diet seharian anda kerana ia berkhasiat untuk menjadikan anda awet muda serta mampu membantu mengimbangkan berat berat anda agar tidak gemuk. Jus pegaga juga mampu mengurangkan panas badan di samping menjaga kesihatan dalaman wanita.

Belimbing Buluh Averrhoa Bilimbi L.
Rebusan airnya boleh diminum untuk membantu mengecutkan tisu-tisu serta rawatan dalaman bagi membantu memulihkan tenaga bagi wanita yang baru melahirkan anak.

Jambu Batu Psidium guajava L.
Air rebusan daun pokok jambu batu yang muda mampu untuk memulihkan penyakit seperti saluran kencing bengkak dan penyakit keputihan pada faraj. Ia juga berkesan untuk merangsang haid serta sesuai dijadikan bahan rawatan selepas bersalin iaitu dijadikan air mandian bagi menghaluskan kulit serta mengelakkan penyakit kulit.

Gajus Anacardium Occidentale L.
Buah gajus yang yang telah direbus kemudiannya di minum baik untuk melawaskan air kencing dan serta sebagai rawatan muntah-muntah dan cirit-birit.
selanjutnya...banyak lagi petua-petua yang menarik. More herbs uses ....click here http://herbsdirectory.blogspot.com/