Tips Mengambil Hati SUAMI

Sentiasa berhias untuk suami

Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu

Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut

Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips Mengambil Hati Isteri

Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda

Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta

Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Sumber : JomKahwin.com

Buatmu Yang Bergelar Wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Sumber : Bulat

Adab Bergaul Dengan Suami

Taat suami selagi beliau tidak menyuruh melakukan perkara maksiat
Melayan suami dari segi zahir dan batin
Memahami kehendak suami
Bercakap dengan nad suara yang baik
Menghormati suami sebagai ketua keluarga
Minta izin bila hendak keluar rumah
Menghormati mertua dan ipar duai serta keluarga suami
Berhias untuk suami
Sentiasa menghiburkan suami
Berdoa dan lain-lain


Sumber : JAKIM

Petua Kukuhkan Ikatan Untuk Menuju Ke Gerbang Perkahwinan

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

6 Isteri Yang Menjahanamkan Suami

Isteri Yang Tidak Tahu Membuat Keputusan
Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya. Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya.

Isteri Yang Selalu Mengomel / Berleter
Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengkritik, dan mempersendakan semua tindak tanduk suaminya. Segala-galanya tidak kena dan ada saja cacat-celanya. Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan.

Isteri Diktator
Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya. Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya.

Isteri Yang Suka Campur Tangan
Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-citanya itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan untuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan langsung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campur tangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pejabat atau majikannya dan menimbulkan kebencian pada mereka.

Isteri Yang Boros
Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabutkan kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.

Isteri Sosial
Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.

Teknik Menghairahkan Suami

Tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat dan apa sentuhan yang digemari si suami? Di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menginginkan sentuhan dan belaian wanita.

Elakkan Dahulu
Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda

Urai Rambutmu
Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu terutama apabila anda berada di atas tubuhnya

Senyap Itu Indah
Hasrat seks lelaki akan bangkit apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya

Sentuhan Sehangat Kuku
Lelaki boleh teransang apabila bahagian kukunya disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih ‘macho’ perkasa.

Daerah Rangsangan
Mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan

Sentuhan Kasih Sayang
Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantik dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi dan juga losyen

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, jangan terkejut apabila suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu

Sentuhan Sasa
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar
‘selamat’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya termasuklah membuat perubahan daripada segi penampilan, seperti dandanan rambut fesyen ataupun mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru di beli.

Suami Panas Baran

Situasi/Soalan :
Suami saya seorang yang panas baran dan apabila marah dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan buruk dari mulutnya. Seperti perkataan sumpah, laknat dan kalau saya mati saya akan masuk neraka. Apakah hukum suami yang bertindak semacam itu?

JAWAPAN:
Puan perlu banyak bersabar dan berlapang dada untuk melayani kerenah suami dengan mendoakan kebaikannya dan puan juga hendaklah berusaha mencari punca kemarahannya itu. Adakah kerana kesilapan puan atau kerana sikapnya yang saja panas baran? Seandainya punca tersebut daripada pihak puan, maka puan hendaklah berusaha mengikisnya dari diri sendiri, tetapi kalau dari pihaknya maka puan perlu berhati-hati untuk membimbingnya dengan pengetahuan agama dan dengan didikan yang baik serta penuh hikmah.

Adapun sumpah dan hukumannya supaya puan masuk neraka, itu bukan urusannya malah akan kembali kepada dirinya sendiri. Paling tidak mereka yang suka memaki hamun orang lain itu, akan merana dan menjadi muflis di akhirat nanti. Ini kerana kesalahannya terhadap orang lain itu akan ditukar atau dilangsaikan dengan kebaikannya sehingga habis kebaikannya diambil orang yang disumpah seranah tadi. Sehinggakan segala kebaikan dirinya akan habis diberikan kepada orang yang dimaki atau dianiayainya bahkan dia sendiri pula akan memikul kesalahan orang yang dizaliminya lalu dan akhirnya akan dihumbankan ke neraka sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. dalam hadisnya yang masyhur.

Selain itu, Syaikh Hasan Basri pernah menghantar hadiah ke rumah mereka yang mengumpat dan memakinya kerana terlampau gembira dengan umpatan atau maki hamun tersebut, sebab setiap umpatan atau maki hamun itu akan ditukar dengan kebaikan kepadanya. Wallahualam.

Petikan Mingguan Malaysia

Amalan-Amalan Ketika Mengandung

Banyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat
Banyakkan melakukan ibadat, kebajikan & meninggalkan segala larangaNya
Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Sentiasa memelihara akhlak

Insyaallah mudah-mudahan segala amalan baik akan membantu:
Mudah bersalin
Mendapat anak yang sempurna
Melahirkan anak yang soleh dan solehah
Anak yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Menambat Semula Hati Suami

Jaga Mulut Suami
Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

Jaga Kemaluan Suami
Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana nak cari ganti?? Apa yang penting ialah puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang lapar kemaluannya. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami melancap untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup makan, ini adalah haram dan bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila isteri mengeluarkan air mani suaminya.

Jagalah minatnya
Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok.

Dengan menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain. Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan 3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami.

Allah tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah segala sikap negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami.

Apa Yang Suami Suka

Jadilah pendengar yang setia
Mereka suka dimanja- sentuhan atau kata-kata yang romantik
Perbaiki juga cara anda berjalan
Elakkan solekan yang tebal
Ingati hari-hari pentingnya seperti hari lahir
Sentiasa menghormatinya, keluarga dan juga teman-temannya
Jangan bersikap terlalu kebudak-budakan
Tunjuk lemah-lembut sifat wanita
Jangan terlalu tunjuk yang kamu sangat baik dan sempurna
Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros
Bersikap keibuan
Jaga kecantikan
Mesti pandai bergaya
Jangan bersikap terlalu kuno
Jujur dalam tingkah
Kuat beriman dan beragama
Tunjuk matang serta mudah diajak berbincang

Payudara Montok Idaman Suami

Biasakan diri anda setiap kali baring atau tidur, jauhkan dari meniarap di atas lantai kecuali pada tilam yang empuk dan gebuk. Tabiat tersebut walaupun nampak biasa tetapi apabila telah menjadi kebiasaan ia akan mengendurkan payudaya anda.

RESIPI LAZAT MEMUKAU HATI SUAMI

Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya:
1 kilo daging (dipotong kiub)
6 ulas bawang putih (dikisar halus-bahagi dua)
4 cm halia (dikisar halus- bahagi dua)
6 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
5 biji bawang besar (4 dikisar-bahagi dua, 1 dipotong bulat)
Daun sup dan bawang (untuk hiasan)
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula (ikut sesedap rasa)

Cara-caranya:

Daging yang telah dibersihkan diperap bersama satu bahagian bawang putih, bawang besar yang
dikisar, halia, sos lada hitam dan sos tiram. Masukkan juga bersama sedikit gula dan garam. Biarkan hasil perapan selama 30 minit.
Panaskan minyak di kuali. Kemudian tumiskan bahagian kedua bawang putih, bawang besar dan juga halia.Setelah naik wangi, masukkan daging yang telah diperap tadi.
Apabila daging hampir masak masukkan hirisan bawang besar dan gaul sehingga masak. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun sup dan juga daun bawang.


Ayam Kari Kapitan

Bahan-bahannya:
Sedikit minyak (untuk menumis)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
250 ml pati santan kelapa
750 ml santan
1 ekor ayam
Sedikit perahan air limau nipis
Garam (secukup rasa)
10 biji cili merah (ditumbuk lumat)
10 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 cm kunyit hidup (ditumbuk lumat)
Sedikit buah keras (ditumbuk lumat)
4 batang serai, dihiris halus
Sedikit belacan (ditumbuk lumat)
6-8 sudu serbuk kari


Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar kemudian masukkan bahan yang ditumbuk lumat. Tunggu sehingga kekuningan dan masukkan kari.
Tuangkan sedikit santan bagi mengelakkan rempah melekat di periuk. Kacaukan sekali sekala. Setelah itu masukkan ayam, serai dan santan.
Tunggu sehingga ayam empuk. Setelah mendidih tuangkan pati santan dan biarkan ia mendidih kembali.
Masukkan perahan limau nipis.

Herba Untuk Kecantikan & Kesihatan

Pegaga Centella Asiatica (L.) Urb.
Amalkankanlah memakan pegaga dalam diet seharian anda kerana ia berkhasiat untuk menjadikan anda awet muda serta mampu membantu mengimbangkan berat berat anda agar tidak gemuk. Jus pegaga juga mampu mengurangkan panas badan di samping menjaga kesihatan dalaman wanita.

Belimbing Buluh Averrhoa Bilimbi L.
Rebusan airnya boleh diminum untuk membantu mengecutkan tisu-tisu serta rawatan dalaman bagi membantu memulihkan tenaga bagi wanita yang baru melahirkan anak.

Jambu Batu Psidium guajava L.
Air rebusan daun pokok jambu batu yang muda mampu untuk memulihkan penyakit seperti saluran kencing bengkak dan penyakit keputihan pada faraj. Ia juga berkesan untuk merangsang haid serta sesuai dijadikan bahan rawatan selepas bersalin iaitu dijadikan air mandian bagi menghaluskan kulit serta mengelakkan penyakit kulit.

Gajus Anacardium Occidentale L.
Buah gajus yang yang telah direbus kemudiannya di minum baik untuk melawaskan air kencing dan serta sebagai rawatan muntah-muntah dan cirit-birit.
selanjutnya...banyak lagi petua-petua yang menarik. More herbs uses ....click here http://herbsdirectory.blogspot.com/